Tentang Kami

BenangKait.Com dimiliki oleh syarikat yang sah berdaftar di Malaysia di bawah nama:

Ayza BenangKait (MA0241363-P)
Whatsapp: +905437306038 / +60132487295
E-mail: mengait@gmail.com / ayzabenangkait@gmail.com

Kami menjalankan perniagaan dua hala dari Turki ke Malaysia sejak 2010. Kami mengimport dan membekal benang kait buatan Turki jenama Alize dan menjadi distributor benang kait jenama Alize sejak 2012. Kami juga membekal benang kait jenama lain buatan Turki seperti Nako, IceYarns, Himalaya, Oren Bayan dan banyak lagi berserta peralatan mengait.

Kami menawarkan pelbagai jenis benang kait bermutu dan berkualiti untuk para penggemar kraftangan mengait khasnya knitting dan crochet. Kami juga membekal secara borong di Malaysia dan negara-negara luar dengan harga yang berpatutan dan kompetetif.

Untuk anda yang berminat membuat belian terus daripada kami, boleh hubungi kami menerusi nombor Whatsapp atau e-mel yang dicatatkan di atas.

Hakmilik Terpelihara © 2019 Ayza BenangKait
top